info umk

   UMK sedia jadi orang tengah hidupkan makyung

                    

KOTA BHARU 9 Mac - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersedia mengatur pertemuan antara penggiat makyung dengan kerajaan Pas Kelantan bagi mencari jalan agar larangan terhadap warisan itu daripada dipersembahkan di khalayak umum dapat dipertimbangkan semula.
Pengarah Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PPBPI) UMK, Prof. Dr. Farok Zakaria berkata, tidak ada cara yang lebih baik untuk menghidupkan kembali warisan itu di negeri asalnya melainkan pengharaman persembahan makyung ditarik balik.
Katanya, rundingan itu sangat penting supaya kedua-dua pihak dapat memahami sama ada garis panduan kerajaan ataupun nilai estetika warisan yang mahu dipertahankan penggiat seni.
"Makyung adalah satu persembahan lengkap yang ada unsur lagu, nyanyian, lakonan, komedi dan tarian yang diselitkan dengan cerita orang yang baik menang melawan kumpulan yang jahat.
"Namun keaslian makyung tidak akan hilang jika kerajaan mahu ia dipersembahkan sepenuhnya oleh kaum lelaki malah makyung pada asalnya dimainkan oleh lelaki sahaja.
"Kita boleh membuang unsur perbomohan dan memasukkan nilai agama. UMK bersedia membuat kertas cadangan tentang pemain, jalan cerita dan konsep yang selari dengan batas yang ditentukan kerajaan. Kita boleh berubah, kerajaan berilah kebenaran dan jangan tangkap orang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan Syarahan Perdana Profesor UMK Bil. 1/2014 bertajuk Makyung - Menghidupkan Semula Mahakarya Mistikal di Dewan Terbuka Keusahawanan UMK Kampus Kota di sini hari ini.
Yang turut hadir Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose.
Dalam syarahan tersebut, Farok menyenaraikan pelbagai faktor yang menyebabkan kesenian tradisional di negeri ini semakin 'tenat' termasuk makyung .
Antaranya, kekangan undang-undang daripada kerajaan negeri, bilangan penggiat yang semakin berkurangan dan hilangnya minat generasi muda kepada warisan mereka sendiri.
Sementara itu, pakar kesenian MelayuProfesor Datin Dr. Rahmah Bujang dari Universiti Malaya (UM) berkata, kerjasama yang utuh daripada kerajaan negeri adalah sangat penting untuk survival makyung bagi memastikan warisan yang mendapat pengiktirafan dunia ini tidak pupus.
Dalam masa sama, beliau yang merupakan bekas Ketua Jabatan Kesenian Melayu di Akademi Pengajian Melayu UM berkata, golongan kreatif juga perlu bersedia dengan sebarang perubahan yang mesti dilakukan contohnya pengasingan antara lelaki dan wanita dalam persembahan makyung.
"Jika tidak dapat buat persembahan secara keseluruhan maka kita ambillah semangat persembahan, yang penting kita pelihara ragam makyung.
"Kalau kerajaan mahu semua perempuan maka perempuanlah, kalau nak lelaki maka semua lelaki, tetapi pihak orang berkarya kena bersedia untuk itu dan jangan cepat kata tidak boleh," katanya.

UMK sedia jadi orang tengah hidupkan makyung

Farok Zakaria (tengah) turut membuat persembahan sempena Syarahan Perdana Profesor UMK Bil. 1/2014 di UMK Kampus Kota, Kota Bharu, semalam. - Utusan/Asma Hanim Mahmood
KOTA BHARU 9 Mac - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersedia mengatur pertemuan antara penggiat makyung dengan kerajaan Pas Kelantan bagi mencari jalan agar larangan terhadap warisan itu daripada dipersembahkan di khalayak umum dapat dipertimbangkan semula.

Pengarah Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PPBPI) UMK, Prof. Dr. Farok Zakaria berkata, tidak ada cara yang lebih baik untuk menghidupkan kembali warisan itu di negeri asalnya melainkan pengharaman persembahan makyung ditarik balik.

Katanya, rundingan itu sangat penting supaya kedua-dua pihak dapat memahami sama ada garis panduan kerajaan ataupun nilai estetika warisan yang mahu dipertahankan penggiat seni.

"Makyung adalah satu persembahan lengkap yang ada unsur lagu, nyanyian, lakonan, komedi dan tarian yang diselitkan dengan cerita orang yang baik menang melawan kumpulan yang jahat.

"Namun keaslian makyung tidak akan hilang jika kerajaan mahu ia dipersembahkan sepenuhnya oleh kaum lelaki malah makyung pada asalnya dimainkan oleh lelaki sahaja.

"Kita boleh membuang unsur perbomohan dan memasukkan nilai agama. UMK bersedia membuat kertas cadangan tentang pemain, jalan cerita dan konsep yang selari dengan batas yang ditentukan kerajaan. Kita boleh berubah, kerajaan berilah kebenaran dan jangan tangkap orang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan Syarahan Perdana Profesor UMK Bil. 1/2014 bertajuk Makyung - Menghidupkan Semula Mahakarya Mistikal di Dewan Terbuka Keusahawanan UMK Kampus Kota di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose.

Dalam syarahan tersebut, Farok menyenaraikan pelbagai faktor yang menyebabkan kesenian tradisional di negeri ini semakin 'tenat' termasuk makyung .

Antaranya, kekangan undang-undang daripada kerajaan negeri, bilangan penggiat yang semakin berkurangan dan hilangnya minat generasi muda kepada warisan mereka sendiri.

Sementara itu, pakar kesenian Melayu, Profesor Datin Dr. Rahmah Bujang dari Universiti Malaya (UM) berkata, kerjasama yang utuh daripada kerajaan negeri adalah sangat penting untuk survival makyung bagi memastikan warisan yang mendapat pengiktirafan dunia ini tidak pupus.

Dalam masa sama, beliau yang merupakan bekas Ketua Jabatan Kesenian Melayu di Akademi Pengajian Melayu UM berkata, golongan kreatif juga perlu bersedia dengan sebarang perubahan yang mesti dilakukan contohnya pengasingan antara lelaki dan wanita dalam persembahan makyung.

"Jika tidak dapat buat persembahan secara keseluruhan maka kita ambillah semangat persembahan, yang penting kita pelihara ragam makyung.

"Kalau kerajaan mahu semua perempuan maka perempuanlah, kalau nak lelaki maka semua lelaki, tetapi pihak orang berkarya kena bersedia untuk itu dan jangan cepat kata tidak boleh," katanya.






 UMK Berusaha Tingkatkan Imej Berteraskan Keusahawanan Bertaraf Dunia

1.0 TUJUAN PROGRAM:

  1. Apperantis akan ditempatkan di Asrama UMK (Kos ditanggung oleh HEPA)
  1. Modal niaga akan sediakan oleh UMK sebanyak RM1500 – RM2000 bagi setiap peserta atas dasar pinjaman. Ia perlu dibayar balik di akhir program.(ada surat aku janji dengan pihak UMK)
  1. Segala utung atau rugi adalah pulangan kepada apperentis sepenuhnya.
  1. Apperantis hanya perlu mengeluarakan duit saku untuk makan dan minum.
  1. Pengangkutan, pakain seragam, tempat niaga, stor barang dan kelengkapan kedai di sediakan oleh UMK.
  1. Setiap 2 kumpulan akan di pantau oleh seorang mentor (pensyarah) yang dilantik UMK.
  1. Sijil akan dianugerahkan diakhir tamat program.
  1. Di akhir program apperentis akn berjaya mempertingkatkan sahsiah diri dari aspek kepimpinan, bertindak dalam kumpulan, merancang strategi dan pengurusan perniagaan (kewangan, pasaran, kawalan aliran tunai, kawalan stok ), menarik pelanggan, tawar menawar dan lain-lain

KOTA BAHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sedang berusaha meningkatkan imej sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam berteraskan keusahawan bertaraf dunia.


Pengarah Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK, Prof Dr Farok Zakaria berkata antara aktiviti yang dijalankan ialah menganjurkan program “Kelantan-UMK Di Mata Dunia” hampir sebulan mulai 12 Februari ini.


Katanya, program bertemakan “Pembelajaran Budaya dan Penglibatan Masyarakat” (ILCOME) itu membabitkan pengambilan 10 pelajar Jepun untuk berkampung di kampus UMK dalam tempoh berkenaan.


“Program julung kali itu akan dikendalikan oleh Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK dengan kerjasama Oita Prefectural College of Arts and Culture (OPCAC) dari Jepun,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Katanya, pelajar Jepun terbabit akan berada di negeri ini selama tiga minggu untuk menyertai pelbagai aktiviti bersama terutama pendedahan kepada bahasa dan budaya penduduk tempatan.


“Tujuan utama program ini ialah untuk mempromosikan Kelantan dan UMK kepada masyarakat antarabangsa dan untuk tahun ini khusus kepada pelajar Jepun,” katanya.


Dr Farok berkata, pelbagai peluang perkongsian budaya akan diperolehi melalui program ini, antara lain akan memberi peluang kepada pelajar tempatan mengikuti kursus bahasa Jepun, berinteraksi dalam bahasa Jepun dengan pelajar dari OPCAC melalui program akademik atau bukan akademik.


Katanya, dalam tempoh tersebut, pelajar Jepun ini akan dibawa melawat pelbagai lokasi di sekitar negeri Kelantan melalui program lawatan ke tapak industri, sejarah dan menyertai program inap desa di Pantai Sri Tujuh dan Kampung Teluk Rajuna, Tumpat.


Peserta program ini juga berpeluang bertemu dan menjalani aktiviti bersama dengan pelajar Universiti Prince of Songkla, Thailand di MRSM Tumpat.


Satu kolokium akan dianjurkan untuk memberi peluang kepada warga UMK dan OPCAC berbincang mengenai peluang penyelidikan yang boleh memberi manfaat bersama.


Menurut Dr Farok program itu turut mendapat kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat serta Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Kelantan dan Yayasan Jepun. – BERNAMA









2) Program ini bertujuan menyahut seruan Yg Bhg.Datuk Naib Canselor UMK agar ahli ilmuan di UMk dapat memikirkan sesutu dan  seterusnya melaksanakan  kaedah diluar paradigm akademik, sehingga dapat dilaksanakan sesuatu yang mampu melonjakkan nama UMK ketahap yang lebih terserlah lagi dalam bidang KEUSAHAWANAN dan dalam masa yang sama menyuntik graduan-graduan UMK dengan trait dan bibit  seorang usahawan sebagai persediaan mereka  menghadapi dunia sebenar setelah tamat pengajian:  Dikemukakan bersama ini suatu cadangan projek yang kami namakan “ APPERANTIS UMK”.
2.0 APA DIA PROJEK ” APPERANTIS UMK “
Secara  am nya program Apperantis yang julung kali di anjurkan ini akan memberi pendedahan ‘hands on’ kepada sekumpulan 30 orang graduan untuk berniaga (trading) di RTC pada siang hari-hari terpilih dan dihari yang lain pula mereka akan bersama ‘mentor’ untuk ditarbiahkan dengan ilmu keusahawanan dan peniagaan.
3.0 PERLAKSANAAN
Program ini akan lengkap dilaksanakan dalam jangkamasa 3 bulan.
Program terbahagi kepada 2 Komponen besar.
Komponen 1: Teori dan Motivasi.
Dalam komponen ini semua apperantis akan didedahkan dengan ilmu wajib dalam keusahwanan dan perniagaan. Kuliah/perbincangan/LDK dan pendekatan SCL akan digunakan bergantung kepada kandungan dan objektif bahan yang ingin dimanafaatkan. Kandungan Komponen Satu akan  dirumus khas dan dikendalikan oleh Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, dilaksanakan  pada hari hari terpilih ( hari mereka tidak keluar berniaga). Pendekatan adakalanya  melibatkan tokoh dari luar dan ada juga lawatan kelokasi tertentu. Komponen satu akan dilaksanakan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu (hari yang dijangka kurang pelanggan di RTC). Aspek ilmu didedahkan merangkumi dunia keusahawanan, akaun, pengiraan untung rugi, penilian projek, pemasaran, promosi, pengurusan faktor, modal dan, pengurusan perniagaan.
Komponen 2: Perlaksanaan perniagaan sebenar selama 3 bulan di Lot terpilih di RTC.
Seramai 30 orang graduan UMK terpilih akan diberikan pendedahan istimewa ini untuk mereka sama-sama berkecimpung selama 3 bulan sebagai usahawan sebenar  dilapangan. Mereka akan bertindak dalam kumpulan kecil seramai 3 orang bagi setiap kumpulan. UMK akan mendapatkan kebenaran khusus untuk menempatkan 10 buah kumpulan ini  didalam satu blok di kawasan niaga yang dikhaskan hanya untuk UMK, dari pihak pengurusan RTC (FAMA Negeri Kelantan). Kehadiran 10 kumpulan aperantis ini akan diserlahkan lagi dengan mewajibkan mereka memakai pakaian seragam dan apron khas yang tertera identity “ Apperantis UMK”. Banting dan banner besar serta belon-belon helium akan menyerlahkan lagi kehadiran program UMK ini.
Infrastuktur bagi setiap kumpuan akan disediakan oleh UMK berupa khemah khas, meja dan alat pameran jualan, kerusi dan lain-lain perabut seperti peti sejuk beku untuk pameran dll, . Pihak UMK akan dipohon untuk melengkapkan premis niaga  dengan suasana ‘trendy dan upmarket’ supaya kawasan niaga apprentis UMK akan kelihatan lebih modern, ceria, bersih dan menarik berbanding peniaga-peniaga biasa yang lain.
Pilihan bahan yang akan diniagakan adalah tertakluk kepada syarat yang dibenarkan oleh penganjur. Buat masa ini jenis perniagaan terbahagi kepada empat ia itu hasil-hasil pertanian mentah (buah, sayur, ikan, daging), hasil pertanian yang telah dimasak/proses (makanan, beras, tepung, ikan kering, rempah), pakaian (semua jenis) dan lain-lain (hardware, permainanan kanak2, bahan tanaman, bungaan ). Masa perniagaan ialah dari jam 7.00 pagi ke 1.00 tengah hari.

No comments:

Post a Comment