
Situasi Jerebu Dikesan Petang Semalam
- January 28, 2014
PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengesahkan situasi udara berjerebu melanda beberapa kawasan Lembah Klang pada petang semalam.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan memberitahu, kawasan terbabit adalah Sepang, Petaling Jaya dan Subang di Selangor.
“Kawasan ini mencatatkan pengurangan jarak penglihatan pada pukul 5 petang dengan bacaan sejauh empat hingga lapan kilometer berbanding jarak penglihatan yang baik melebihi 10 kilometer,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, keadaan berjerebu pada petang semalam itu merupakan fenomena cuaca biasa yang tidak menjejaskan kesihatan orang awam.
Jelas kenyataan itu, kejadian jerebu itu disebabkan kehadiran habuk halus atau partikel udara yang terampai dalam keadaan cuaca semasa yang kering.
Habuk halus atau partikel udara yang terampai merupakan bahan pencemar yang dilepaskan ke atmosfera daripada pelbagai punca aktiviti manusia,
Antaranya, pelepasan kenderaan bermotor, perindustrian, aktiviti pembangunan tanah dan pembinaan.
“Sehingga kini tiada sebarang pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara berlaku di kawasan Lembah Klang,” kata kenyataan itu.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar turut memaklumkan, laporan METMalaysia sejak beberapa hari lalu menunjukkan pergerakan angin di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia adalah perlahan dengan halaju 10 km sejam.
Faktor itu cuaca dan keadaan topografi kawasan Lembah Klang yang bercirikan lembah menyebabkan habuk halus atau partikel udara yang terampai terperangkap di ruang udara dan tidak dapat menyebar (disperse) dengan cepat.
“Pada 27 Januari 2014, METMalaysia turut melaporkan bahawa beberapa kawasan di Lembah Klang iaitu Daerah Hulu Selangor, Kelang, Kuala Selangor, Petaling dan Sepang masih tidak menerima hujan melebihi lima hari berturut-turut semenjak 22 Januari 2014,” tambah kenyataan itu.
Justeru, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang mengawasi status kualiti udara di seluruh negara dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri.
JAS turut mempertingkatkan pelaksanaan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara dan jerebu.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka.
Lima dilaporkan meninggal dunia ketika menghadiri Festival Future Music Asia (FMFA) 2014 yang berlangsung di Stadium tertutup Bukit Jalil malam tadi.
"Lima yang meninggal dunia termasuk tiga berbangsa Melayu, seorang Cina dan seorang India. Seorang meninggal dunia di tapak konsert, manakala seorang lagi dalam perjalanan ke hosiptal, manakala tiga yang lain meninggal dunia di hospital. Mereka berusia sekitar 21 sehingga 28 tahun," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.
Manakala empat yang lain dilaporkan dalam keadaan kritikal dipercayai turut mengambil dadah berlebihan. Dua dari mereka adalah warga tempatan manakala dua yang lain warga Singapura.
Polis percaya dadah diperolehi sebelum mamasuki stadium.
“Keempat-empat yang kritikal telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),” menurut polis.
Susulan itu konsert hari ketiga yang seharusnya berlangsung malam ini dibatalkan.
Sepanjang dua hari festival berlangsung yang bermula Khamis lalu, polis turut menahan 22 individu yang dikaitkan dengan dadah.
“Pasukan narkotik dari ibu pejabat Bali Polis Cheras telah menahan tiga individu warga asing yang memiliki pil ecstasy pada hari pertama festival. 12 lagi warga asing dan tujuh rakyat tempatan ditahan pada hari berikutnya kerana dikaitkan dengan dadah.”
Festival yang diberikan jolokan pesta muzik elektronik terbesar di Asia Tenggara itu menampilkan nama-nama besar muzik antarabangsa termasuk pemenang anugerah Grammy seperti Pharell Williams, Macklemore & Ryan Lewis dan ramai lagi. -astroawani
Kajang: Lebih 80 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dijangka keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata jangkaan itu berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi di DUN yang sama pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lalu.
“Kita tak tolak kemungkinan peratusan keluar mengundi pada PRK ini melebihi 88.4 peratus yang dicatat semasa PRU-13,” katanya pada sidang media, semalam.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengundi agar datang awal dan secara berperingkat bagi mengelak kesesakan di pusat mengundi.
Selesai tanggungjawab
Rabu lalu, sebanyak 88.39 peratus atau 1,050 daripada 1,197 pengundi awal di DUN berkenaan sudah selesai melaksanakan tanggungjawab mereka menerusi pengundian awal.
Mengenai perjalanan keseluruhan PRK ini termasuk tempoh berkempen yang berakhir jam 12 tengah malam tadi, Abdul Ghani berkata, SPR berpuas hati kerana semuanya berjalan lancar.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan parti politik terbabit agar mematuhi peraturan yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya dan Akta Kesalahan Pilihan Raya sepanjang proses pengundian hari ini, antaranya larangan merayu atau meraih undi.
[TERKINI] Lima Maut Di Pesta FMFA Bukit Jalil Di saat Negara Sedang Murung Dengan MH370
Lima dilaporkan meninggal dunia ketika menghadiri Festival Future Music Asia (FMFA) 2014 yang berlangsung di Stadium tertutup Bukit Jalil malam tadi.
"Lima yang meninggal dunia termasuk tiga berbangsa Melayu, seorang Cina dan seorang India. Seorang meninggal dunia di tapak konsert, manakala seorang lagi dalam perjalanan ke hosiptal, manakala tiga yang lain meninggal dunia di hospital. Mereka berusia sekitar 21 sehingga 28 tahun," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.
Manakala empat yang lain dilaporkan dalam keadaan kritikal dipercayai turut mengambil dadah berlebihan. Dua dari mereka adalah warga tempatan manakala dua yang lain warga Singapura.
Polis percaya dadah diperolehi sebelum mamasuki stadium.
“Keempat-empat yang kritikal telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),” menurut polis.
Susulan itu konsert hari ketiga yang seharusnya berlangsung malam ini dibatalkan.
Sepanjang dua hari festival berlangsung yang bermula Khamis lalu, polis turut menahan 22 individu yang dikaitkan dengan dadah.
“Pasukan narkotik dari ibu pejabat Bali Polis Cheras telah menahan tiga individu warga asing yang memiliki pil ecstasy pada hari pertama festival. 12 lagi warga asing dan tujuh rakyat tempatan ditahan pada hari berikutnya kerana dikaitkan dengan dadah.”
Festival yang diberikan jolokan pesta muzik elektronik terbesar di Asia Tenggara itu menampilkan nama-nama besar muzik antarabangsa termasuk pemenang anugerah Grammy seperti Pharell Williams, Macklemore & Ryan Lewis dan ramai lagi. -astroawani
JADILAH ORG YG BGUNA PADA MASA AKAN DTG....JGNLA JADI SEPERTI ORG YG TIADA ARAH TUJUAN....PEACEEEE YOOOO...:)
09:54
mysumber : INFO TERKINI ISU JADUAL CATUAN AIR SELANGOR 2014 SENARAI KAWASAN http://www.mysumber.com/info-terkini-isu-program-catu-air-selangor-2014-senarai-kawasan.html#ixzz2wmKZKS6m
Info Terkini Isu Jadual Catuan Air Selangor 2014 Senarai Kawasan

Umum sedia maklum bahawa Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan program catuan air secara bergilir di kawasan yang terlibat bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak beberapa hari yang lalu
Program Catuan Air
Difahamkan menerusi program catuan yang akan dilaksanakan ini, setiap pengguna akan tetap mendapat bekalan air cuma ia akan dicatu iaitu penyaluran bekalan air dilakukan selama dua hari dan dua hari (berikutnya) tiada air dan seterusnya
Sebagai contoh, sekurang-kurangnya dalam seminggu, empat hari pengguna akan dapat air sepenuhnya dan catuan akan berlarutan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak untuk hentikan catuan air iaitu apabila musim hujan bermula, dijangka akhir Mac
Objektif program catuan air dilakukan bagi mengekalkan jumlah air sedia ada di empangan di negeri ini supaya ia dapat bertahan untuk dua bulan akan datang seandainya musim panas terus berlarutan
Maklumat Dan Kawasan Yang Terlibat Dengan Jadual Program Catuan Air Di Selangor
Berikut adalah perincian mengenai jadual catuan air di Selangor dan notis gangguan bekalan air yang dikeluarkan oleh pihak “SYABAS” serta laporan yang disiarkan dalam media perdana berhubung perkara ini
Tarikh (2014) | Masa | Ringkasan Laporan Dan Perkara |
---|---|---|
25/2 | 3 ptg | Catuan air di Hulu Langat, Kuala Langat Dan Sepang
Sebanyak 71 kawasan membabit 60,185 akaun di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang bakal mengalami catuan air berjadual selama dua hari berselang bermula Khamis ini (27.2.2014) hingga 31 Mac depan
|
mysumber : INFO TERKINI ISU JADUAL CATUAN AIR SELANGOR 2014 SENARAI KAWASAN http://www.mysumber.com/info-terkini-isu-program-catu-air-selangor-2014-senarai-kawasan.html#ixzz2wmKZKS6m
PRK Kajang: 80 peratus dijangka keluar
mengundi
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata jangkaan itu berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi di DUN yang sama pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lalu.
Saya menasihatkan pengundi agar datang awal dan secara berperingkat bagi mengelak kesesakan di pusat mengundi” Abdul Ghani Salleh, Setiausaha SPR
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengundi agar datang awal dan secara berperingkat bagi mengelak kesesakan di pusat mengundi.
Selesai tanggungjawab
Rabu lalu, sebanyak 88.39 peratus atau 1,050 daripada 1,197 pengundi awal di DUN berkenaan sudah selesai melaksanakan tanggungjawab mereka menerusi pengundian awal.
Mengenai perjalanan keseluruhan PRK ini termasuk tempoh berkempen yang berakhir jam 12 tengah malam tadi, Abdul Ghani berkata, SPR berpuas hati kerana semuanya berjalan lancar.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan parti politik terbabit agar mematuhi peraturan yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya dan Akta Kesalahan Pilihan Raya sepanjang proses pengundian hari ini, antaranya larangan merayu atau meraih undi.
No comments:
Post a Comment